Monday, November 09, 2009

Ingin kurus secara NORMAL

Assalamualaikum,

Aku amat berhasrat untuk kurus secara NORMAL.

Bermakna, tanpa sebarang bantuan ubatan atau makanan tambahan.

Jadi, aku berjumpa seorang rakan yang mengalami masalah kegemukan yang sama seperti aku untuk dijadikan saingan secara sihat.

Pada masa yang sama, aku ajak lagi dua tiga rakan untuk memenuhi waktu luangku dengan pelbagai aktiviti senaman sihat.

Aku juga berhasrat untuk tidak makan sebarang makanan berat melebihi jam 7 malam kerana bagi aku, disiplin ini amat berkesan dalam usaha mengurangkan berat badan.

Bermula dengan aku yang mempunyai ketinggian 158cm, berat badanku kini sebanyak 87kg memaksa aku meletakkan sasaran penurunan sebanyak 32kg dalam tempoh yang dikehendaki.

Buat masa sebulan bermula hari ini, aku cuma meletakkan sasaran penurunan sebanyak 5kg sahaja. Tak boleh turun mendadak memandangkan tahap penurunan normal sebanyak 2.5kg sahaja setiap bulan.

Jadi, pada 10 Disember nanti, seharusnya berat badanku akan menjadi 82kg (atau kurang).

Rakanku (Kamariah) pula, mempunyai ketinggian 155cm dengan tahap berat badan sebanyak 103.4kg. Dia perlu mengurangkan sebanyak 50kg untuk mendapat berat badan ideal. Dia juga mensasarkan penurunan sebanyak 10kg pada bulan pertama menjadi sebanyak 93.4kg pada 10 Disember nanti.

Ini gambar aku dan Kamariah sewaktu mahu memulakan cabaran kurus secara normal ini.

No comments: