Tuesday, November 10, 2009

Elak nasi atau semua karbo?

Assalamualaikum,

Pelbagai fakta dan kaedah yang kita dengar sekiranya ingin mengurangkan berat badan. Masyarakat lazimnya terpengaruh dengan pelbagai sumber yang boleh memberikan kesan penurunan pada kadar segera.

Ada yang memberi pandangan tentang pengurangan atau tidak makan langsung NASI yang pasti menjadi makanan ruji rakyat negara ini.
Aku pula, mengakui bahawa mengelak makan nasi berupaya mengurangkan berat badan pada kadar yang agak banyak. TETAPI,

minda kita seharusnya sedar, bukan nasi yang kita perlu elakkan. Tetapi sebarang bentuk karbohidrat yang perlu diambil pada kadar berpatutan, bukannya tolak terus sumber terpenting bagi sistem tubuh kita ni.

Ada yang tak makan nasi langsung, tapi mampukah dia mengurangkan berat badan bila dia beralih kepada makan roti, bihun, mee dan pelbagai produk makanan berasaskan karbohidrat? Pokok pangkalnya, kita perlu memahami keperluan KALORI dalam badan kita.

Memikirkan faktor kalori ni, berapa ramai yang prihatin terhadap pengambilan kalori harian berbanding jumlah makanan yang diambil?

Lazimnya kita sering menyukat jumlah makanan yang diambil tanpa mengira kalori yang diperlukan tubuh sehingga mengakibatkan kesilapan mengambil makanan pada jumlah yang sedikit, tetapi tanpa sedar mempunyai kiraan kalori yang TINGGI.

Jadi, untuk memahami keperluan tubuh kita pada tahap SUDAH OBES ini, kita perlu mengetahui keperluan kalori samada untuk kekalkan berat badan, atau mengurangkan lagi berat badan kita.

Bagi diri aku, pasti aku nak kurangkan berat badan secara seimbang dari masa ke semasa dan aku perlu mengambil kira setiap kalori yang diambil hanya pada kadar KURANG 50% berbanding keperluan biasa wanita seusia aku.

Kalau lazimnya badan memerlukan 2,000 kalori sehari, aku perlu mengambil 1,000 kalori sahaja sehari. Apakah MENU yang menyamai jumlah kalori tersebut?

Untuk makluman, AIR biasa juga mempunyai kiraan kalori yang kita perlu ambil kira dalam sukatan harian.

Aku akan bicarakan kepentingan AIR dalam usaha menguruskan berat badan. Tapi, kita berbalik kepada NASI atau karbohidrat yang menjadi pilihan sesetengah individu untuk dihindari semasa berdiet untuk kurus.

Adakah anda konsisten dengan pilihan diet tanpa karbo tu? Aku doakan semua berjalan lancar, dan aku masih memikirkan karbo tu penting tapi diambil pada jumlah yang sedikit.
Sebab aku pernah mengamalkan beberapa kaedah diet tanpa karbo...nanti dalam post akan datang aku ceritakan pengalaman aku sebulan tanpa nasi (pada 2006).

So, aku vote karbohidrat untuk dikekalkan dalam menu harian aku. (",)

~GOOD LUCK~

Monday, November 09, 2009

Ingin kurus secara NORMAL

Assalamualaikum,

Aku amat berhasrat untuk kurus secara NORMAL.

Bermakna, tanpa sebarang bantuan ubatan atau makanan tambahan.

Jadi, aku berjumpa seorang rakan yang mengalami masalah kegemukan yang sama seperti aku untuk dijadikan saingan secara sihat.

Pada masa yang sama, aku ajak lagi dua tiga rakan untuk memenuhi waktu luangku dengan pelbagai aktiviti senaman sihat.

Aku juga berhasrat untuk tidak makan sebarang makanan berat melebihi jam 7 malam kerana bagi aku, disiplin ini amat berkesan dalam usaha mengurangkan berat badan.

Bermula dengan aku yang mempunyai ketinggian 158cm, berat badanku kini sebanyak 87kg memaksa aku meletakkan sasaran penurunan sebanyak 32kg dalam tempoh yang dikehendaki.

Buat masa sebulan bermula hari ini, aku cuma meletakkan sasaran penurunan sebanyak 5kg sahaja. Tak boleh turun mendadak memandangkan tahap penurunan normal sebanyak 2.5kg sahaja setiap bulan.

Jadi, pada 10 Disember nanti, seharusnya berat badanku akan menjadi 82kg (atau kurang).

Rakanku (Kamariah) pula, mempunyai ketinggian 155cm dengan tahap berat badan sebanyak 103.4kg. Dia perlu mengurangkan sebanyak 50kg untuk mendapat berat badan ideal. Dia juga mensasarkan penurunan sebanyak 10kg pada bulan pertama menjadi sebanyak 93.4kg pada 10 Disember nanti.

Ini gambar aku dan Kamariah sewaktu mahu memulakan cabaran kurus secara normal ini.