Friday, October 28, 2011

S.E.N.T.A.P !!!


GEMUK? ia bukanlah faktor yang mencacatkan kecantikan sahaja, malah keutamaan sumbangannya lebih kepada risiko penyakit kronik seperti SERANGAN JANTUNG, DARAH TINGGI dan KANSER.



Memang ter'sentap' dengan iklan dipaparkan kerajaan sebagai tanda KEGEMUKAN RAKYAT MALAYSIA pada tahap membimbangkan...(Termasuk la aku)...

Wednesday, July 13, 2011

Gagal sekali lagi...

aduhai....

beberapa kali cuba nak kuruskan badan..tetap tak berjaya....

produk double x? terhenti pengambilan masa nak ke Bandung..selepas tu terus tak ambil...
mmg susah nak didik diri utk terus konsisten dengan apa yg diambil...mencik!mencik!...

igt lagi, 1 Rejab ari tu konon nekad nak kuruskan badan...dari 88kg...puasa la dlm 7 hari..selang2 ikut suka suki...dapat la turun smpai 84.8kg..lepas tu byk sgt program bertimpa2..x puasa...selera mkn pon bertambah....

hari ni? berat jadi kepada asal..dengan bangganya mencecah 88.4kg...selepas beberapa hari selera luar biasa..nak makan yg heavy pon smpai 3 kali sehari...tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!...

tadi pegi kedai...terus beli produk baru yg org perkatakan tu.... 2B Model (2bm)...yg ada cuma perisa white coffee jer...

try la tadi 1 sachet...eh, bole tahan gak rasanya..dah la aku nih mmg minat kopi..pastu terus la suka...apa lagi, surf la kat internet produk tu...byk yg respon perisa strawberry lagi best..so, td try la order online...dapat lak harga murah sket...harapnya cepat2 la sampai pesanan tu...

ni kali ke4 aku beli brg online..harap2 x 'terkena' la..

ok laaa...mulakan catatan hari ini dengan produk baru 2B Model = 88.4kg (13 Julai 2011)...

pls la kali nih..berjaya la hendaknya...semoga dapat ubah nombor pangkal jd lebih rendah....teringin nak nampak nombornya jadi 7 n seterusnya smpai pangkal jd 5...amiin...

Sunday, March 13, 2011

My 1st Day with Double X

Lama juga rasanya tak update blog nih..bukan setakat bersawang, tah2 reput luruh bagai...kesian..sampai lupa dah password...hahah

ekceli,
aku nak mula semula rutin diet aku selepas bertahun biarkan dalaman badan berlumut, berkarat dengan segala neka racun.

ada 1 hari tu, aku lepak2 dgn geng kat kedai mkn, aku nampak sorang sister nih ada perubahan pd dia, makin susut badan tapi muka x cengkung pun. aku tgk dia punya makan pon tak control, banyak semacam jer. aku mmg jenis x malu, terus tnya je la.

yg aku tau, akak nih slalu mkn mcm2 produk dari dulu lagi. tapi tak la plak nampak kesan mcm skrg nih. kali ni dia kata amik produk AMWAY. dia amik Double X dgn beberapa vitamin tambahan lagik.

bila tnya harga, bole tahan. lebih ok dari harga Beauty Umaira yg tak serasi dgn aku. dah la supplement utk 21 hari je. lagi ok dari produk USANA yg aku beli dua set smpai dekat RM1,o0o. uih.tahan sebulan lebih je plak tu..aku blom smpai tahap sekaya tu lagi, tapi mcmana la aku bole terkena ari tu.

Double X dgn Vitamin C+ dgn Calcium Magnesium, aku dpt dgn harga diskaun. Cuma RM250 dan bole bertahan 2 bulan.

Berbaloi la kalo nak pk umur aku ni. kalau ikut kelahiran mmg la baru 31thn. tapi kalo ikut penjagaan badan, sistem pertahanan aku serupa mcm org umur dekat 60thn!!! mana la aku tau sampai camtu dlm badan aku. selama nih main belasah jer.

beberapa hari lepas, aku terkejut dgn berat badan aku sdri..89.5kg?!!mmg tak pernah jangka dpt berat mcm tu. ni la paling berat penah aku capai. ditambah dgn selalu pedih ulu hati, aku pk dah sampai masa aku kena faham keperluan badan aku sdri. bukan keperluan tekak!

hokey, hari2 terawal aku amik set supplement tu,
8 Mac 2011 - [lupa check]
9 Mac 2011 - 89.5kg
10 Mac 2011 - 88.7kg
11 Mac 2011 - 88.2kg
12 Mac 2011 - 87.6kg
13 Mac 2011 - 87.2kg.

sampai hari ni, Alhamdulillah ada penurunan. aku bukan apa, terkejut sampai rasa nak kena serangan jantung dah. nape la tggi sgt naik berat nih..
aku mmg x jaga pemakanan, waktu makan pon x teratur. minum air masak?jarang sekali. air manis je slalu.

hari 1st tu seingat aku, mkn nasi lemak. pastu mlm mkn roti telur [roti sandwish celup telur ye]. tu je.
hari kedua aku makan nasi berlauk masa tgh hari, tapi mlm ada silap la, aku bantai sushi byk giler..maklum la, dah dkt 4thn x mkn.
hari ketiga makan nasi berlauk masa tgh hari n mkn megi masa malam. hari keempat, aku mkn yee mee kungfu n petang mkn kfc dinner plate yer. hahahaha..kejam!
hari kelima tghari aku mkn nasi dgn smbal telur..mlm pkl 8 mkn menu sama...sbb sdri yg masak, kan..hikhikhik...
hari keenam ni, aku x plan lagik mkn apa, sbb nih still pagi..kehkehkeh..

kalau ikutkan, xde pantang pon kan..hari2 minum air coklat...kopi segera...sesekali air halia.

tanda2 slepas aku amik supplement nih, aku kerap buang air kecil...akak tu ckp kerap buang air besar, tapi aku lak kerap buang air kecil..kerap gak buang angin [sendawa/kentut]...mula2 rasa mcm padat je perut, kembung mcm belon. tapi beberapa hari lepas tu, badan rasa ringan. aku suka buang air kecil, lawas! mungkin badan aku nih gemuk air n gemuk angin. sebab kadar buang air besar mcm biasa, paling byk pon 2x je sehari. Alhamdulillah, aku dah mula dpt momentum kehendak tubuh badan aku.

pasni aku nak update berat bdn aku setiap hari dgn menu yg aku amik. biar la aku nampak mcm umur aku yg sebenar..bukan lebih tua dari ni..amiin.

ops, aku ada order 1 lg supplement anti oksidan dari akak tu. still produk AMWAY la kan, di samping aku amik OMEGA dari USANA. nak tgk nti perkembangan mcmana. harapnya back to normal la kan...

lupa nak ckp, Double X nih set 3 supplement yg sbenarnya dah lengkap utk keperluan tubuh. setiap tu cuma amik sebiji sehari je. Vitamin C+ plak syaratnya amik sebiji 4x sehari, Calcium Magnesium amik sebiji 3x sehari. tapi kan, aku nih jenis kejap2 igt, kejap2 lupa...jumlah amik slalu kurang dari sepatutnya..hehehe...cuma Double X je konsisten..tu pon masa pengambilan x tetap..tapi alhamdulillah, keadaan semakin ok..pedih ulu hati pon xde.

Monday, September 20, 2010

Mengapa Ia masih berulang? DISIPLIN

Mengapa masalah sama akan berulang?
Jawapannya mudah: DISIPLIN.
Sekiranya tak ada disiplin, pasti masalah sama akan datang sehingga kita menjadi jemu dan akhirnya mendapat kesan negatif yang sama: TIADA PERUBAHAN.

Bercakap mengenai disiplin, boleh menjurus kepada penjagaan berat badan untuk kesihatan.
Seperti contoh, sekiranya berat badan mencecah 88kg, dengan disiplin yang dilaksanakan semasa bulan Ramadan akan menyebabkan penurunan berat badan sehingga 4kg dalam sebulan sahaja.
Tetapi sekiranya tidak ada disiplin dalam diri, berat badan boleh menjadi kepada berat asal atau lebih lagi hanya kira-kira seminggu sahaja semasa Syawal.

Sekiranya tak ada kesedaran awal, pertambahan berat badan ini boleh menjadi MIMPI NGERI kepada sesiapa pun. Samada takutkan kegemukan disebabkan kecantikan ataupun kesihatan.

Sekiranya gagal mendisiplinkan diri untuk mengawal berat badan, tiba masanya kita menjadikan seseorang sebagai mentor untuk kita kurus. Samada selebriti atau rakan sebaya yang pernah gemuk satu ketika dulu, tetapi kini sudah kurus.

Sekiranya masih gagal, perlu mendapatkan seorang REMINDER untuk mengawal disiplin berkaitan kawalan berat badan termasuk PEMAKANAN, SENAMAN, TABIAT TIDUR DLL.

Masih ada pilihan samada reminder itu secara berbayar atau percuma berdasarkan kepentingan kita terhadap seseorang itu.

Mengapa perlu kurus?
1. Cantik
2. Sihat
3. Boleh pilih pakaian diingini
4. Boleh beraksi bebas (lepas laku) tanpa kelihatan hodoh
5. Keyakinan diri

Sunday, February 14, 2010

Kepentingan AIR dalam sistem tubuh

Assalamualaikum dan dalam sejahtera,

Setelah sekian lama aku menyepi, baru kini berkesempatan untuk tampil kembali (bukan dengan imej baru) tapi meneruskan niat untuk kurus dengan cara Normal.

Intro dulu, biarpun aku berhasrat untuk kurus seperti sebelum ini, tapi rupanya azab dan dugaan terlalu kuat, ditambah pula bila kita dikelilingi rakan yang kuat makan tapi badan mereka tetap 'maintain'.

Aku nak menunaikan hasrat untuk mengutarakan topik berkaitan kepentingan AIR dalam sistem tubuh kita.

Lazim kita mendengar nasihat agar minum sekurangnya 8 gelas sehari. Jika dilihat kepada kebiasaan individu normal, mereka berupaya meminum air sehingga 3 liter sehari. Bermakna lebih banyak dari 8 gelas yang ditetapkan.

Sebenarnya,
tubuh setiap individu mempunyai kiraan tersendiri berdasarkan keperluan masing-masing dan jumlahnya tidak pernah sama.
Seperti contoh, meminum air pada jumlah yang banyak boleh memudaratkan penghidap athma dan paru-paru berair.

Bagi individu yang aktif pula, kadar minuman air seharusnya lebih dari 8 gelas sehari bagi mengembalikan keperluan cecair dalam tubuh setelah dikeluarkan menerusi proses perkumuhan seperti pembuangan air kencing dan pengeluaran peluh.

Ada juga pakar menyatakan meminum air pada kadar yang ditetapkan mampu menjadikan individu itu kurus kerana air yang banyak dapat meningkatkan kadar metabolisme dalam badan kita. Seperti yang kita semua maklumi, metabolisme penting untuk proses pembakaran kalori secara semulajadi dalam tubuh untuk diubah menjadi tenaga.

Tindakan sesetengah individu yang mengawal pengambilan air hanya disebabkan memiliki tubuh yang dikatakan 'berat air' sebenarnya adalah salah. Walaupun memiliki tubuh berat air, meminum air masih menjadi keutamaan sebagai proses semulajadi mengeluarkan semula air tersebut dalam bentuk proses perkumuhan.

Ada juga sesetengah individu yang mendapat kemudaratan setelah mengamalkan beberapa jenis pil diet termasuk produk tradisional berasaskan herba, hanya kerana tidak meminum air pada jumlah yang disyaratkan.

Peringatan penting buat pengamal diet yang menggunakan produk seperti pil dan jamu, ANDA PERLU MINUM AIR PADA JUMLAH YANG BANYAK.

Ini adalah disebabkan kandungan pil dan jamu tersebut mengandungi unsur-unsur yang PANAS dan juga BAHAN KIMIA yang tinggi. Kandungan produk tersebut memerlukan sumber air yang banyak untuk melancarkan fungsi sebenarnya.

Sekiranya anda berhasrat untuk mengambil produk diet atau jamu, tetapi masih culas mengambil air pada jumlah ditetapkan, dinasihatkan agar anda BERHENTI memudaratkan diri sendiri.

Kita seharusnya memahami fungsi organ dalaman tubuh agar tidak merosakkan sistemnya sehingga memudaratkan diri kita.

Lazim kita mendengar kesan sampingan pengamal diet berserta ubatan atau jamu ini seperti fungsi hati yang rosak, kegagalan ginjal berfungsi dan juga mengalami kanser usus. Sekiranya diperhalusi, ia bukanlah disebabkan KEBURUKAN produk diet yang dipasarkan, tetapi TABIAT BURUK kita sendiri yang tidak mengikut aturan ditetapkan seperti mengambil pil mengikut dos yang ditetapkan dan juga pengambilan air yang banyak.

Fungsi hati yang kita ketahui adalah untuk mengawal kadar bahan kimia dalam badan kita dan fungsi ginjal adalah untuk mengawal bendalir dalam badan kita, manakala usus pula menjalankan tanggungjawab memastikan proses penghadaman berjalan lancar. Ketiga-tiga fungsi ini memerlukan sumber air yang banyak sebagai PELINCIR bagi memudahkan tugas masing-masing.

Aku bukanlah pakar dalam bidang berkaitan, tetapi menerusi sumber pembacaan dan berusaha memahami keperluan tubuh sendiri, aku cuba berkongsi dengan anda semua setakat yang aku tahu. Tetapi jika apa yang dikatakan ini SALAH, sila maklumkan segera dan aku perbetulkannya, demi kebaikan kita bersama.

Jadi, kepada semua individu yang berhasrat untuk DIET sambil mengamalkan PIL atau JAMU yang berkaitan, sila patuhi syarat yang ditetapkan. Aku juga mengingatkan diri aku sendiri mengenai perkara ini.

Semoga kita kurus dan cantik dalam keadaan sihat dan NORMAL.



Tuesday, November 10, 2009

Elak nasi atau semua karbo?

Assalamualaikum,

Pelbagai fakta dan kaedah yang kita dengar sekiranya ingin mengurangkan berat badan. Masyarakat lazimnya terpengaruh dengan pelbagai sumber yang boleh memberikan kesan penurunan pada kadar segera.

Ada yang memberi pandangan tentang pengurangan atau tidak makan langsung NASI yang pasti menjadi makanan ruji rakyat negara ini.
Aku pula, mengakui bahawa mengelak makan nasi berupaya mengurangkan berat badan pada kadar yang agak banyak. TETAPI,

minda kita seharusnya sedar, bukan nasi yang kita perlu elakkan. Tetapi sebarang bentuk karbohidrat yang perlu diambil pada kadar berpatutan, bukannya tolak terus sumber terpenting bagi sistem tubuh kita ni.

Ada yang tak makan nasi langsung, tapi mampukah dia mengurangkan berat badan bila dia beralih kepada makan roti, bihun, mee dan pelbagai produk makanan berasaskan karbohidrat? Pokok pangkalnya, kita perlu memahami keperluan KALORI dalam badan kita.

Memikirkan faktor kalori ni, berapa ramai yang prihatin terhadap pengambilan kalori harian berbanding jumlah makanan yang diambil?

Lazimnya kita sering menyukat jumlah makanan yang diambil tanpa mengira kalori yang diperlukan tubuh sehingga mengakibatkan kesilapan mengambil makanan pada jumlah yang sedikit, tetapi tanpa sedar mempunyai kiraan kalori yang TINGGI.

Jadi, untuk memahami keperluan tubuh kita pada tahap SUDAH OBES ini, kita perlu mengetahui keperluan kalori samada untuk kekalkan berat badan, atau mengurangkan lagi berat badan kita.

Bagi diri aku, pasti aku nak kurangkan berat badan secara seimbang dari masa ke semasa dan aku perlu mengambil kira setiap kalori yang diambil hanya pada kadar KURANG 50% berbanding keperluan biasa wanita seusia aku.

Kalau lazimnya badan memerlukan 2,000 kalori sehari, aku perlu mengambil 1,000 kalori sahaja sehari. Apakah MENU yang menyamai jumlah kalori tersebut?

Untuk makluman, AIR biasa juga mempunyai kiraan kalori yang kita perlu ambil kira dalam sukatan harian.

Aku akan bicarakan kepentingan AIR dalam usaha menguruskan berat badan. Tapi, kita berbalik kepada NASI atau karbohidrat yang menjadi pilihan sesetengah individu untuk dihindari semasa berdiet untuk kurus.

Adakah anda konsisten dengan pilihan diet tanpa karbo tu? Aku doakan semua berjalan lancar, dan aku masih memikirkan karbo tu penting tapi diambil pada jumlah yang sedikit.
Sebab aku pernah mengamalkan beberapa kaedah diet tanpa karbo...nanti dalam post akan datang aku ceritakan pengalaman aku sebulan tanpa nasi (pada 2006).

So, aku vote karbohidrat untuk dikekalkan dalam menu harian aku. (",)

~GOOD LUCK~

Monday, November 09, 2009

Ingin kurus secara NORMAL

Assalamualaikum,

Aku amat berhasrat untuk kurus secara NORMAL.

Bermakna, tanpa sebarang bantuan ubatan atau makanan tambahan.

Jadi, aku berjumpa seorang rakan yang mengalami masalah kegemukan yang sama seperti aku untuk dijadikan saingan secara sihat.

Pada masa yang sama, aku ajak lagi dua tiga rakan untuk memenuhi waktu luangku dengan pelbagai aktiviti senaman sihat.

Aku juga berhasrat untuk tidak makan sebarang makanan berat melebihi jam 7 malam kerana bagi aku, disiplin ini amat berkesan dalam usaha mengurangkan berat badan.

Bermula dengan aku yang mempunyai ketinggian 158cm, berat badanku kini sebanyak 87kg memaksa aku meletakkan sasaran penurunan sebanyak 32kg dalam tempoh yang dikehendaki.

Buat masa sebulan bermula hari ini, aku cuma meletakkan sasaran penurunan sebanyak 5kg sahaja. Tak boleh turun mendadak memandangkan tahap penurunan normal sebanyak 2.5kg sahaja setiap bulan.

Jadi, pada 10 Disember nanti, seharusnya berat badanku akan menjadi 82kg (atau kurang).

Rakanku (Kamariah) pula, mempunyai ketinggian 155cm dengan tahap berat badan sebanyak 103.4kg. Dia perlu mengurangkan sebanyak 50kg untuk mendapat berat badan ideal. Dia juga mensasarkan penurunan sebanyak 10kg pada bulan pertama menjadi sebanyak 93.4kg pada 10 Disember nanti.

Ini gambar aku dan Kamariah sewaktu mahu memulakan cabaran kurus secara normal ini.